Tuesday, February 21

Si Ann.

resah gelisah aku!
dimana mu Ann?
rinduku padamu,
tolong kembali Ann.

Ann, jangan kau hilang,
resahku memikirkannya,
gelisah hatiku kehilanganmu,
lamakah kita akan begini?

Jawablah Ann,
inginku mendengar suaramu,
rinduku dengan gurauanmu,
lemah aku ditinggalkanmu.

Sayang Ann,
tidakkah kau merasa,
resah gelisah,
hari-hari tanpaku?

21/02/2012 8:45pm

Monday, January 30

kekasih.

kekasih hati,
apakah ini benar?
kita sudah berkasih?
aku masih tertanya,
jawablah sehingga aku puas.

bila kita akan berjumpa?
rinduku untuk melihat rupamu,
ingin rasaku mendakapmu,
izinkan lah niatku ini,
kekasihku.

aku tahu,
kita tidak berdiri disuatu tempat yang sama,
aku percaya wahai kekasih,
rindu menghubungkan kita,
ditemani cinta setia.

doaku kekasih,
cinta kita direstui yang Maha Esa,
akan kita bawa ke syurga,
untuk kesekian kali nya,
aku mencintaimu,
dari seluruh jiwa ragaku.

30/01/2012 9.35pm

Monday, December 26

Terima Kasih Ya Engkau Maha Besar.

Sejenak aku memikirkan,
Lebih baik begini,
Ya! Aman, tenteram jiwaku..

Terima Kasih Ya Allah,
Ujian yang Engkau berikan,
Membuatkan aku berasa lega selepasnya..

Gembira,senyum girang,
Itu yang aku nantikan,
Sebelum hampa, duka, perit,
Ya! Aku telan sehabisnya..

Ya Allah S.W.T,
Engkau Maha Besar,
Yang mengaturkan segala-galanya,
Cerita tentang hamba Mu ini,
Aku bersyukur pada Mu..
Amin Yarabalalamin :)

26/12/2011 11:54pm

Friday, November 25

fikiran mati.

Lemah otak bila berfikir,
Kosong minda untuk berfikir,
Diam kerana masih berfikir,

Fikir,
Susah mendapat kepastian,
Jawapan tetap mahu berfikir,
Panas! Panas! Panas! dahi,
Bila berfikir.

Tunggu jantung berhenti berdegup,
Fikiran juga mati.
Tapi aku berfikir adakah benar fikiran mati?
Masih merewang dalam fikiran ku kini.


02/07/2010 8.51pm

Thursday, November 24

jahanam! jahanam!

Depan good good,
belakang macam dajal..
Tembelang hebat,semua orang percaya..
Aku mendengar,nak meluat aku tak pasti..
Sekarang aku tahu,depan engkau aku sembur!
Jahanam kau,memang nak kena..
Biar karma yang kerjakan kauu!
Aku tak doa,aku tak mintaa..
Tak payah tunggu,biar masa menentukan!

25/11/2011 4.00am